1. Warna biru, merah dan kuning ialah warna bendera kebangsaan.

2. Warna biru melambangkan perpaduan kaum yang menjadi komposisi utama dalam sekolah ini.

3. Warna merah melambangkan keberanian – iaitu murid-muridnya berani menempuh segala halangan dan  rintangan untuk 
    mencapai kejayaan. Di samping itu, berani mempertahankan maruah diri serta sekolah daripada tercenar.

4. Warna kuning melambangkan kepatuhan dan sentiasa bersiap sedia. Patuh kepada undang-undang, agama, negara dan 
    peraturan-peraturan sekolah. Bersedia untuk menerima didikan dan pengajaran mematuhi disiplin diri sebagai seorang murid.

5. MOTO – Usaha Untuk Berjaya.
    Hanya dengan berusaha sahaja murid-murid akan berjaya dalam kehidupan sebagai seorang insan yang bertanggungjawab 
    kepada masyarakat, agama dan negara.
Make a Free Website with Yola.