SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sitiawan atau dengan nama ringkasnya SMR. Kumpulan pertama pelajarnya terdiri daripada 153 orang pelajar yang terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa kerana tiada bangunan sendiri.

Pada bulan Ogos tahun 1965, sekolah ini mendapat bangunan sendiri dan mula diduduki dengan bilangan pelajar seramai 397 orang yang menggunakan dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Methodist (ACS). Pada 7 Januari 1966, Mesyuarat Lembaga Tadbir Sekolah yang pertama diadakan. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar kumpulan pertama telah menduduki peperiksaan SRP atau LCG. Pada 20 Jun 1968, YB En. Mohd Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan pembukaan sekolah ini.

Apabila tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sitiawan, sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, pelajar-pelajar aliran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah ini dipindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).


Pada tahun 1975, dua blok bangunan tambahan SMR telah siap dibina dan diduduki pada 1 Januari 1976. Kelas-kelas menengah atas mula dibuka dan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 4 mula dijalankan. Pada tahun 1981, pelajar-pelajar sekolah ini mula diduduki peperiksaan SPM buat kali pertamanya.

Tarikh yang paling bersejarah bagi sekolah ini ialah pada tahun 1983 apabila sekolah ini ditukarkan namanya daripada Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah Tok Perdana. Nama ini diambil sempena mengenang jasa dan bakti seorang bekas penghulu yang berkhidmat di bandar Sitiawan pada awal abad ke 20 ini.

Sekolah ini terus berkembang maju sehingga mampu mengadakan kelas Tingkatan 4 Sains mulai tahun 1988. Manakala jumlah pelajarnya meningkat sehingga kepada 1051 orang (496 pelajar lelaki dan 555 pelajar perempuan). Masa terus berlalu, pengetua dan guru-guru juga silih berganti namun sekolah ini tetap berkembang maju terutamanya dalam bidang ko-kurikulum.

PENGETUA-PENGETUA SMKTP

1. En. K. Baskaran( 1965-1980 )

2. En. Ismail b. Zakaria ( 1980-1982 )

3. Tn. Hj. Yusra b. Abdul Haddad ( 1982-1984 )

4. Tn. Hj. Adnan b. Mohammad ( 1984-1987 )

5. Tn. Hj. Samsuddin b. Hj. Abdul Hamid ( 1987-1988 )

6. En Yaacob b. Abdul Hamid ( 1988-1989 )

7. Tn. Hj. Hussain b. Hj. Harun PPT ( 1990-1995 )

8. Tn. Hj. Othman b. Mahmud ( 1996-1.7.1996 )

9. En. Mohd Shukor b. Shariff ( 1996-1997 )

10. Pn. Kasthooribai a/p Ramanathan ( 1997-1998 )

11. En. Sukhdev a/l Jeswant Rai ( 1998-4.9.1998 )

12. En. Ahmad Murad b. Abdul Manaf ( 1998-2001 )

13. Tn. Hj. Mohd Arshad AMP b. Hj, Ghazali ( 2001-2005 )


14. Tn. Hj. Shaifuddin bin Hj. Masduki ( 2006 - 2010 )

15. Pn. Hjh. Robiah binti Yaakob ( 2011 hingga 2015 )

16. En. Ibrahim bin Abdullah Thani ( 2015 hingga sekarang )
Make a Free Website with Yola.